Masa  11.00 AM - 1.00 PM
 Tempat  Hall NADI Tmn Bunga Raya
 Jumlah  1 Orang
 Tarikh 13.10.2024

 

Tujuan :

> Peserta dapat belajar cara mengambil gambar yang lebih jelas, menarik, dan profesional menggunakan telefon bimbit. Selain itu, usahawan juga mempelajari teknik pencahayaan dan komposisi serta  sudut pandang yang betul agar gambar produk kelihatan lebih estetik dan menarik perhatian pelanggan.

 

Aktiviti : 

> Usahawan membawa beberapa produk dan menyusun props yang dapat membantu ketika proses mengambil gambar.

> Petugas menerangkan mengenai teknik dan sudut pandang yang sesuai digunakan ketika mengambil gambar.

> Usahawan melakukan beberapa proses mengambil gambar produk dengan pelbagai teknik supaya mendapat hasil yang memuaskan.

> Suntingan gambar produk juga dilakukan dengan hanya menggunakan telefon bimbit.

Masa  2.30 PM - 4.00 PM
 Tempat  Hall NADI Tmn Bunga Raya
 Jumlah  1 Orang
 Tarikh  19.9.2024

 

Tujuan :

> Seorang pengguna warga emas hadir ke NADI untuk memohon bimbingan membuka WhatsApp Web dan penggunaan email bagi tujuan muat turun dokumen insurans yang diperlukan.

 

Aktiviti : 

> Petugas menunjukkan cara-cara untuk membuka WhatsApp Web kepada pengguna.

> Pengguna dibantu untuk mencari dokumen yang diperlukan dan muat turun dokumen tersebut.

> Seterusnya, pengguna muat naik dokumen tersebut dan menghantar email kepada pihak yang berkaitan.

Masa  4.00 PM - 5.00 PM
 Tempat  Hall NADI Tmn Bunga Raya
 Jumlah  1 Orang
 Tarikh  16.7.2024

 

Tujuan :

> Seorang majikan hadir ke NADI untuk meminta bimbingan petugas bagi melakukan proses muat naik dokumen pekerja warga asing ke dalam laman web FOMEMA untuk mendapatkan temu janji berkaitan pemeriksaan kesihatan pekerjanya.

 

Aktiviti : 

> Petugas meminta peserta melakukan pendaftaran akaun terlebih dahulu di laman web FOMEMA.

> Peserta mengisi semua maklumat yang diperlukan dengan betul.

> Seterusnya, petugas membantu peserta untuk memuat naik semua dokumen yang diperlukan dengan kaedah yang betul.

> Permohonan peserta berjaya dihantar.

Masa  11.00 AM - 12.30 PM
 Tempat  NADI Tmn Bunga Raya
 Jumlah  1 Orang
 Tarikh  9.8.2024

 

Tujuan :

> Kelas ICT ini diadakan untuk memberi pendedahan dan kaedah untuk menyediakan slide pembentangan yang menarik dengan menggunakan laman web Canva kepada pelajar lepasan sekolah. Selain itu, kelas ini dapat membantu peserta menguasai kemahiran digital serta menyediakan peserta dengan kemahiran yang boleh meningkatkan kebolehpasaran mereka.

 

Aktiviti : 

> Peserta dibimbing untuk menyediakan slide pembentangan dengan memilih tema rekaan yang dikehendaki berdasarkan tajuk yang dipilih.

> Peserta mencari maklumat dan gambar yang diperlukan di laman sesawang terlebih dahulu.

> Setelah selesai, peserta memasukkan pilihan lagu patriotik yang sesuai ke dalam template slide pembentangan.

Masa  9.00 AM - 5.00 PM
 Tempat  NADI Tmn Seri Serendah
 Jumlah  12 Orang
 Tarikh  9.7.2024

 

Tujuan :

> Bengkel ini dihadiri oleh Pengurus dan Penolong Pengurus NADI Hulu Selangor untuk mempelajari secara praktikal mengenai teknologi dan  dapat memudahkan urusan pengendalian kelas STEM di NADI sendiri kelak. Antara topik yang dipelajari oleh semua kakitangan ialah ciptaan aplikasi (MIT AI Apps Inventor), Microbit, Drone, HTLM dan SQL.

 

Aktiviti : 

> Kakitangan diterangkan secara teori mengenai penggunaan MIT AI Apps Inventor. Seterusnya, setiap kakitangan perlu membina aplikasi muzik masing - masing dengan kaedah yang betul.

>Selepas itu, aktiviti diteruskan dengan pembelajaran dan praktikal penggunaan Microbot. Kakitangan perlu menyediakan block coding dengan betul untuk menggunakan Microbot.

> Trainer turut menerangkan mengenai cara pengendalian drone dan coding yang betul untuk langkah seterusnya.

> Semua kakitangan NADI juga didedahkan secara asas mengenai HTLM dan SQL.