Masa  2.15 PM - 3.15 PM
 Tempat  Hall PEDi Tmn Bunga Raya
 Jumlah  1 Orang
Tarikh  17.3.2024

 

Tujuan :

> Pembelajaran kali ini adalah untuk menilai tahap kefahaman pelajar sepanjang pembelajaran berlangsung pada setiap minggu. Silibus pada hari ini ialah Nombor Bulat.

 

Aktiviti : 

> Membaca, menyebut dan menulis sebarang nombor hingga 10 000 000 dalam pecahan juta yang penyebutnya 2, 4, 5, 8 dan 10 melibatkan situasi harian

> Menukar nombor dalam perpuluhan juta dan pecahan juta kepada nombor bulat dan sebaliknya

> Pelajar melakukan perbincangan jawapan bersama guru.

 

Masa  2.00 PM - 5.00 PM
 Tempat  Hall PEDi Tmn Bunga Raya
 Jumlah  2 Orang
Tarikh  17.3.2024

 

Tujuan :

> Menyelesaikan tugasan universiti bersama rakan bagi subjek semester akhir.

 

Aktiviti :

> Menggunakan Microsoft Excel untuk menyediakan template pemarkahan murid bagi setiap subjek.

> Penggunaan formula bagi mencari markah maksimum dan minimum setiap subjek.

> Menggunakan pelbagai fungsi seperti merge dan wrap text untuk memudahkan urusan.

> Menyediakan data yang bersesuaian dengan menggunakan Microsoft Access. 

 

Masa  10.00 AM - 12.00 PM
 Tempat  Hall PEDi Tmn Bunga Raya
 Jumlah  13 Orang
Tarikh  7.3.2024

 

Tujuan :

> Memenuhi masa lapang sewaktu cuti sekolah dengan aktiviti menarik iaitu Pen Container Handmade. Selain itu, aktiviti ini dapat meningkatkan sensori dan motor halus anak-anak, malah mereka  dapat berinteraksi dengan rakan-rakan dan juga dapat memastikan mereka sentiasa aktif kerana aktiviti menjahit ini akan menjadikan mereka banyak bertanya.

 

Aktiviti :

> Peserta diberi pilihan untuk memilih sendiri Pen Container yang disukai untuk meneruskan aktiviti jahitan.

> Kakitangan NaDi menerangkan proses yang akan dilakukan secara bersama kepada peserta.

> Proses jahitan dilakukan dengan gembira dan aktif apabila peserta rajin bertanya dan bersungguh-sungguh untuk menyiapkan hasil kerja masing-masing.

 

 Masa  2.30 PM - 5.00 PM
 Tempat  Bilik Training PEDi Tmn Bunga Raya
 Jumlah  16 Orang
 Tarikh  8.3.2024

 

Tujuan :

> Mengetahui sejarah pembangunan AI secara ringkas dan dapat meningkatkan pengalaman pelanggan dan kejayaan keseluruhan perniagaan melalui penggunaan teknologi AI dan carian imej.

 

Aktiviti :

> Bagi peserta yang tidak mempunyai email, mereka diminta untuk mencipta akaun email bagi memudahkan urusan pendaftaran akaun.

> Petugas menceritakan secara ringkas mengenai sejarah dan etika penggunaan AI dalam perniagaan.

> Peserta dibimbing untuk membuka dan mendaftar akaun ChatGPT dan Bing Image Creator secara langkah demi langkah.

> Petugas turut membimbing peserta yang hadir untuk mencipta prompt yang terbaik untuk menghasilkan gambar menarik yang diingini.

 

 Masa  8.30 AM - 2.30 PM
 Tempat  Hall PEDi Tmn Bunga Raya
 Jumlah  93 Orang
 Tarikh  18.2.2024

 

Tujuan :

> Meningkatkan kesedaran tentang kebaikan menderma darah di samping menanam sifat keprihatinan terhadap penderitaan insan yang memerlukan darah untuk meneruskan hidup. Selain itu, saringan kesihatan dilakukan untuk mengenal dengan lebih awal jika mempunyai penyakit dan dapat mencegah penyakit dari melarat.

 

Aktiviti :

> Sesi pendaftaran dilakukan bagi 2 kategori iaitu pendermaan darah dan saringan kesihatan.

> Orang ramai mengisi borang yang diberi oleh Pusat Darah Negara (PDN) dan mula melakukan pemeriksaan untuk memastikan mereka layak atau tidak untuk menderma.

> Golongan wanita juga melakukan saringan kesihatan pap smear yang dikendalikan oleh pasukan dari Klinik Kesihatan Serendah.