JENIS

MAKLUMAT

Nama acara / program

Program Literasi ICT di Tmn Bunga Raya

 

Tarikh & Masa

 25 Februari 2017

9.00 am– 5.30 PTG

Lokasi

NaDi Tmn Bunga Raya

Tujuan

Memperkasa penggunaan ict dikalangan masyarakat 

Butiran Penerima

Ahli dan bukan ahli menyertai program ini

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti

Program yang lebih cenderung kearah pembelajaran seperti penghasilan video, pembentangan KDB dan taklimat KDB dan mobile ewaste. Tidak lupa program dashboard kepada komuniti

Kebaikan / kelebihan aktiviti

Kemahiran komputer fokus kepada penghasilan video, menguji tahap kefahaman komuniti berkaitan KDB dan mobile e waste, menguji tahap pengetahuan ICT pengunjung

 

Program tahunan yang dijalankan pada bulan Februari 2017 adalah Literasi ICT dimana program ini lebih menjurus kepada pembelajaran. Program skop yang lebih kecil berbanding program kluster ini menumpukan setiap daripada peserta dapat memanfaatkan apa yang petugas sampaikan kepada mereka.

Pada tarikh ini juga, penduduk sekitar ini terlibat dengan pelbagai aktiviti seperti sukan tahunan sekolah, mesyuarat PIBG untuk sekolah menengah dan aktiviti lain, namun NaDi Tmn Bunga Raya dapat menarik pengunjung untuk mengikuti program yang diadakan ini dengan lancar.

Awal pagi pendaftaran kepada pengunjung diikuti dengan sarapan pagi kepada mereka. Setelah selesai menjamu selera, mereka ditempatkan didalam bilik trening untuk mengikuti program seterusnya iaitu pendedahan skrip sebenar perfileman negara. Setelah menjengah beberapa buah skrip tersebut, mereka mengikuti kelas menghasilkan video, cara menukar font didalam sesebuah video, caption diatas sebuah gambar, cara memasukkan sound effect dan sebagainya.

Selain itu mereka mengikuti terjemahan KDB dimana mereka perlu tahu dan ingat 7 tajuk besar KDB dan menerangkan kembali setiap tajuk tersebut. tujuan dilakukan, untuk mengukur tahap pemahaman dan fokus mereka mengenai pembentangan tersebut. Kuiz juga diedarkan kepada kereka dimana soalan kuiz yang diberi kali ini betul – betul menguji kemahiran ICT mereka. Kepada setiap pengunjung yang hadir mereka tidak pulang dengan tangan kosong, dimana kami turut menyediakan cabutan bertuah kepada mereka, goodies dan hadiah setiap pertandingan.

Kepada mereka yang berjaya install Dashbord Komuniti melalui aplikasi telifon bimbit, kami ucapkan terima kasih. Program seperti ini sering kami adakan untuk ilmu disamping meraikan dan memeriahkan komuniti disini.

 

Literasi ict

(Sesi Penerangan Asas Komputer,Kelas Pembikinan Filem, Sesi Penerangan KDB dan Kuiz KDB, Peserta yang Menyertai kelas Penghasilan Skrip, Pemenang Kuiz ICT)

JENIS

 

MAKLUMAT

Nama acara / program

 

 

Program Dashboard Komuniti NaDi Tmn Bunga Raya

Date & Time

Tarikh & Masa

 

 17 Dec 2016

8.00 am– 4.30 PTG

 

Lokasi

 

NaDi Tmn Bunga Raya

 

Tujuan

 

 

Memperkenalkan Dashboard kepada komuniti

 

 

Butiran Penerima

 

Semua warga Tmn Bunga Raya

 

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti

Program ini, NaDi banyak mengadakan aktiviti kepada komuniti mengikut peringkat usia, diselitkan juga dengan aktiviti Advokasi dan misi mencari harta karun dashboard untuk memeriahkan lagi suasana

 

Kebaikan / kelebihan aktiviti

 

Dapat mengumpulkan komuniti di NaDi sama ada ahli dan bukan ahli, memperkenalkan NaDi dan menjalin hubungan baik dengan komuniti, meraikan kanak – kanak yang cuti sekolah dengan pelbagai aktiviti sepanjang cuti sekolah di samping pemberian goodies dan hadiah kepada mereka.

 


         Pada bulan Disember 2016, pihak NaDi Taman Bunga Raya telah menganjurkan satu Program yang dinamai Program Dashboard Komuniti NaDi Taman Bunga Raya. Tujuannya adalah untuk memperkenalkan system aplikasi dashboard kepada komuniti tentang isi kandungan yang terdapat didalam aplikasi tersebut. Antara isi kandungan yang kami fokus dan terangkan kepada komuniti adalah My Shop, My skool, My soal dan bermacam lagi.

Program ini adalah kesinambungan daripada program bulan November yang lepas iaitu Program Dahboard Bunga Raya, tujuannya juga adalah sama iaitu untuk mempromosikan Dashboard kepada komuniti disamping pelbagai aktiviti menarik yang dijalankan. Perbezaan didalam program untuk bulan December ini, kami selitkan aktiviti sokongan advokasi seperti misi mencari harta karun (eksplorace) dan aktiviti KDB dan Mobile EWaste.

Pada pagi kami telah mengadakan sesi taklimat berkenaan kesihatan iaitu kesedaran terhadap virus Denggi. Di dalam slot ini, kami menerangkan cara pembiakan nyamuk aedes dan cara membanteras nyamuk tersebut. setelah selesai, pusingan seterusnya adalah sesi My shop yang juga permintaan daripada komuniti yang sangat berminat tentang aplikasi ini. Didalam slot My shop ini juga, para pengunjung membawa produk yang ingin diketegahkan dan dapat dilihat oleh pengunjung lain.

Antara aktiviti lain adalah pertandingan uji pengetahuan am, pertandingan khusus untuk kanak – kanak iaitu pertandingan warna, pertandingan power point kreatif dan misi mencari harta karun dashboard. Sesi cabutan bertuah juga turut diadakan untuk menarik pengunjung untuk setia bersama program sehingga selesai. Pemberian goodies dan hadiah kepada para pemenang pertandingan.

Akhir sekali, kami juga turut sediakan jamuan makan untuk para pengunjung yang hadir pada program ini. Kami juga turut dibantu oleh Squad Volunteer yang setia membantu kami dari awal hingga tamat program. Setelah selesai program, kami beroperasi seperti biasa. Semoga mereka yang hadir program ini mendapat manfaat dan ilmu yang diberikan kepada mereka.

dashbpoard

(Gambar Aktiviti)