Masa  10.30 AM - 11.30 AM
 Tempat  Hall NADI Tmn Bunga Raya
 Jumlah  16 Orang
 Tarikh  23.6.2024

 

Tujuan :

> Peserta yang hadir didedahkan secara ringkas mengenai penggunaan Suno AI Music secara berkumpulan. Aktiviti ini dapat menggalakkan peserta untuk menggabungkan kreativiti mereka dengan teknologi AI.

 

Aktiviti : 

> Aktiviti kali pertama, peserta dibahagikan kepada 3 kumpulan. Setiap kumpulan diberi genre muzik yang berbeza,

> Setiap kumpulan perlu menyediakan lirik lagu secara ringkas berdasarkan kreativiti sendiri.

> Kemudian, peserta diterangkan mengenai Suno AI Music secara ringkas bagi memudahkan pemahaman mereka.

> Seterusnya, setiap kumpulan perlu menjana lirik lagu berdasarkan tema yang diberi oleh petugas.

> Akhir sekali, setiap kumpulan boleh mendengar lagu yang telah selesai dijana oleh AI.

 

Masa  2.00 PM - 3.00 PM
 Tempat  Hall NADI Tmn Bunga Raya
 Jumlah  1 Orang
 Tarikh  12.6.2024

 

Tujuan :

> Peserta hadir ke NADI untuk mendapatkan bantuan kakitangan untuk melakukan semakan wang tidak dituntut secara atas talian. Dengan melakukan semakan, seseorang dapat mengetahui apakah ada dana yang sebenarnya milik mereka tetapi belum mereka tuntut, seperti dividen saham, bayaran balik insurans, atau deposit keselamatan.

 

Aktiviti : 

> Perlu melayari laman web Jabatan Akauntan Negara Malaysia.

> Peserta mesti mendaftar akaun terlebih dahulu di Sistem eGUMIS.

> Kakitangan membantu peserta untuk memuat naik dokumen sebagai pengesahan diri.

> Langkah terakhir, peserta boleh melakukan semakan wang tak dituntut sejurus semua langkah lengkap diselesaikan.

 

Masa  3.00 PM - 4.30 PM
 Tempat  Hall NADI Tmn Bunga Raya
 Jumlah  1 Orang
 Tarikh  3.6.2024

 

Tujuan :

> Majikan menyediakan surat tawaran pekerjaan dan menghantar email kepada pihak tertentu bagi permohonan pekerja asing di restoran beliau.

 

Aktiviti : 

> Kakitangan NADI membimbing peserta untuk menyediakan surat tawaran pekerjaan dengan kaedah yang bersesuaian.

> Kemudian, peserta mencetak dan mengimbas surat yang telah selesai dilakukan dengan menggunakan perkhidmatan di NADI.

> Peserta dibantu oleh kakitangan NADI untuk menghantar email kepada pihak tertentu dengan melampirkan dokumen surat tawaran yang telah disediakan sebelum itu.

 

Masa  11.00 AM - 12.30 PM
 Tempat  Hall NADI Tmn Bunga Raya
 Jumlah  1 Orang
 Tarikh  16.6.2024

 

Tujuan :

> Golongan ibu bapa tidak ingin melepaskan peluang untuk menebus Baucar Buku MADANI 2024 yang telah diberi oleh pihak kerajaan kepada pelajar yang melibatkan murid sekolah rendah tahun 4 dan ke atas, pelajar sekolah menengah, penuntut institusi Pendidikan Tinggi dan Institusi Pendidikan Guru dengan menggunakan perkhidmatan Internet di NADI Taman Bunga Raya.

 

Aktiviti : 

> Ibu bapa perlu log masuk ke akaun DELIMa menggunakan ID dan kata laluan yang betul.

> Mendaftar akaun di Kota Buku Digital dan kredit akan dipaparkan di akaun masing-masing.

> Setelah selesai, boleh memilih judul buku yang disukai dari kepelbagaian judul yang ada.

> Bantuan seperti ini dapat meringankan beban kewangan keluarga, menggalakan budaya membaca serta dapat menyokong industri buku tempatan yang dapat mempromosikan juga bahasa dan budaya di Malaysia.

 

 Masa  10.00 AM - 11.00 AM
 Tempat  Hall NADI Tmn Bunga Raya
 Jumlah  1 Orang
 Tarikh  24.5.2024

 

Tujuan :

> Menggunakan perkhidmatan di NADI untuk menyediakan surat rasmi berhenti kerja, mencetak dan mengimbas surat serta menghantar Email kepada pihak pengurusan sumber manusia (HR).

 

Aktiviti : 

> Kakitangan NADI membimbing peserta untuk menyediakan surat rasmi berhenti kerja mengikut format yang betul.

> Kemudian, peserta mencetak dan mengimbas surat yang telah selesai dilakukan dengan menggunakan perkhidmatan di NADI.

> Peserta dibantu oleh kakitangan NADI untuk menghantar Email kepada pihak HR dengan melampirkan dokumen surat rasmi yang telah disediakan sebelum itu.