Masa  3.30 PM - 4.30 PM
 Tempat Bilik Training PEDi Tmn Bunga Raya
 Jumlah  20 Orang
Tarikh  16.2.2024

 

Tujuan :

> Mendedahkan cara penggunaan aplikasi Canva dengan mudah untuk mencipta poster menu makanan yang menarik perhatian pelanggan.

 

Aktiviti :

> Melakukan pengenalan Canva dan menerangkan mengenai kelebihan menggunakan Canva tanpa menggunakan sebarang modal untuk melakukan pemasaran perniagaan

> Mencari template yang menarik dan bersesuaian berdasarkan jenis perniagaan masing-masing.

> Dapat bertukar pandangan dan idea pemasaran perniagaan bersama usahawan lain yang hadir menyertai kelas.

 

Masa  4.00 PM - 5.00 PM
 Tempat Hall PEDi Tmn Bunga Raya
 Jumlah  2 Orang
Tarikh  6.2.2024

 

Tujuan :

> Menyediakan resume yang lengkap dan terbaik untuk mencari peluang pekerjaan yang lebih baik di masa akan datang.

 

Aktiviti :

> Kakitangan PEDi menerangkan mengenai info-info yang sepatutnya disertakan di dalam resume untuk menarik perhatian bakal majikan.

> Menyediakan resume dengan template yang bersesuaian.

> Melakukan pertukaran 'Word to PDF' dengan mudah.

 

Masa  12.00 PM - 1.00 PM
 Tempat  Bilik Latihan PEDi Tmn Bunga Raya
 Jumlah  2 Orang
Tarikh  7.1.2024

 

Tujuan :

> Menyertai kelas tambahan yang dianjurkan oleh PEDi untuk menambah ilmu pengetahuan.

 

Aktiviti :

> Pelajar melakukan sesi suai kenal bersama guru dan rakan-rakan baru.

> Melakukan latihan yang telah disediakan oleh guru untuk mengulang kaji topik akhir tahun untuk persediaan ujian yang bakal diadakan oleh sekolah.

>Sesi perbincangan jawapan mengenai soalan-soalan yang telah selesai dijawab bersama rakan.

 

Masa  9.00 AM - 5.00 PM
 Tempat  Bilik Latihan PEDi Tmn Bunga Raya
 Jumlah  4 Orang
Tarikh  15.1.2024

 

Tujuan :

> Mengetahui strategi penjenamaan untuk perniagaan merupakan elemen penting untuk bisnes produk atau servis yang sedang diusahakan.

 

Aktiviti :

> Coach MDEC memperkenalkan latar belakang diri dan berkenalan dengan semua peserta yang hadir menyertai bengkel.

> Peserta didedahkan dengan pelbagai strategi Mencipta BRAND.

> Mengenali pengurusan dan pemasaran penjenamaan.

> Peserta turut diajar bagaimana untuk menggunakan MyIPO (Harta intelek) dengan betul.

 

Masa  2.30 PM - 4.30 PM
 Tempat  Hall PEDi Taman Bunga Raya
 Jumlah  3 Orang
Tarikh  19.12.2023

 

Tujuan :

> Mencipta buku skrap digital berkaitan isu dadah dengan menggunakan Canva.

 

Aktiviti :

> Kakitangan PEDi membantu pelajar sekolah untuk mendaftar akaun Canva dengan menggunakan email

> Pelajar diterangkan mengenai cara mudah untuk menggunakan Canva

> Mereka mencari maklumat yang diperlukan di Google Image 

> Didedahkan juga cara untuk 'remove background' dengan mudah

> Menggunakan pelbagai jenis design dan element yang menarik untuk menghasilkan buku skrap digital yang disukai