Masa  11.00 AM - 12.30 PM
 Tempat  Hall PEDi Taman Bunga Raya
 Jumlah  3 Orang
Tarikh  03/12/2022

 

Tujuan :

> Mendedahkan kepada peserta ilmu asas menaip dengan menggunakan Microsoft Word.

 

Aktiviti :

> Peserta melakukan latihan asas menaip menggunakan laman web yang disediakan oleh petugas.

> Kemudian, peserta diberi penerangan ringkas dan dibimbing untuk menggunakan kekunci menaip dan kekunci pemanduan arah dengan betul.

> Seterusnya, peserta diminta untuk membina beberapa ayat ringkas dengan menggunakan papan kekunci yang telah diterangkan dengan baik.

> Peserta semakin bersemangat untuk mempelajari Microsoft Word setelah memahami cara menaip dengan tepat.

 

Masa 3.00 PM - 4.00 PM
 Tempat  Hall PEDi Taman Bunga Raya
 Jumlah 2 Orang
Tarikh  13/11/2022

 

Tujuan :

> Membimbing bagaimana cara untuk menyimpan dokumen di Microsoft Word dan membuka folder peribadi untuk memudahkan urusan pencarian.

Aktiviti :

> Peserta melakukan aktiviti menaip bagi melengkapkan tugasan peribadi.

> Petugas membimbing peserta untuk menamakan semula dokumen yang telah selesai ditaip.

> Peserta menyimpan semula dokumen tersebut dengan mengikut langkah - langkah yang ditunjukkan oleh petugas.

> Kemudian, dokumen yang telah disimpan dipindahkan ke dalam folder peribadi yang telah dicipta.

 

Masa 11.00 AM - 12.30 PM
 Tempat  Hall PEDi Taman Bunga Raya
 Jumlah 3 Orang
Tarikh  21/06/2022

Tujuan :

> Membimbing dan mendedahkan cara menggunakan kawalan tetikus dengan baik sewaktu melakukan aktiviti mewarna.

Aktiviti :

> Komuniti mengenal nombor dan warna yang dilihat dengan tepat.

> Menggunakan tetikus untuk mewarna dengan baik dan kemas.

> Membimbing komuniti untuk melakukan kemasan pada hasil yang telah dilakukan.

> Mewujudkan keyakinan komuniti untuk menggunakan alatan dengan baik.

 

 Masa  3.00 PM - 4.30 PM
 Tempat  Hall PEDi Tmn Bunga Raya
 Jumlah  3 Orang
Tarikh  09/09/2022

 

Tujuan

Mengetahui teknik - teknik mempromosi perniagaan yang sedang dikendalikan terhadap platform Facebook, Twitter dan Instagram.

 

Aktiviti

    • - Berkongsi pelbagai kaedah dan video tutorial mengenai cara promosi produk di laman sosial.
    • - Menentukan jenis 'keyword' produk dengan tepat bagi memudahkan pencarian orang ramai.
    • - Menghasilkan gambar produk yang menarik di platform tertentu.
Masa 11.15 AM - 12.15 PM
 Tempat  Hall PEDi Taman Bunga Raya
 Jumlah 1 Orang
Tarikh  17/06/2022

 

Tujuan :

> Membantu komuniti untuk mencipta folder sendiri bagi memudahkan urusan pencarian dokumen peribadi pada masa akan datang.

 

Aktiviti :

> Membimbing komuniti untuk menggunakan tetikus dengan betul sepanjang proses mencipta folder.

> Membantu untuk menamakan semula folder yang dicipta dengan nama sendiri (komuniti) bagi memudahkan urusan pencarian dokumen kelak.

> Memindahkan semua dokumen yang telah disimpan sebelum ini ke dalam folder peribadi yang dicipta.

> Mewujudkan keyakinan komuniti untuk menggunakan peralatan komputer seterusnya mahir dalam mencipta folder.