Bukit Beruntung ialah sebuah perbandaran utama di negeri Selangor,Malaysia. Ia terletak berhampiran Serendah di dalam daerah Hulu Selangor. Ia boleh dicapai melalui Persimpangan Bukit Beruntung Exit 118 dari Lebuhraya Utara-Selatan, Jalan 3208 dari Sg. Choh (selepas papan tanda sempadan JKR Hulu Selangor dan stesen minyak Petron,Petronas) dan juga boleh melalui jalan pintas dari pekan Rasa. Perumahan utama terletak di Taman Bunga Raya. Bukit Beruntung Golf & Country Club juga terletak di perbandaran ini.

Daerah Hulu Selangor

Daerah Hulu Selangor (dahulu dieja Ulu Selangor) merupakan salah sebuah daerah yang terletak di utara Negeri Selangor. Dari sudut geografi,Daerah Hulu Selangor terletak di utara Lembah Klang dengan keluasan 174,047 hektar,hampir sama keluasan dengan Negeri Melaka.Jumlah penduduknya lebih kurang 178,500 orang(2005) atau 3.7 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk Negeri Selangor,dan kini semakin meningkat sejajar dengan pembangunan semasa.

Daerah Hulu Selangor juga merupakan daerah yang terbesar daripada sembilan buah daerah di Negeri Selangor. Ia bersempadan dengan Negeri Perak di utara dan Negeri Pahang di sebelah timur.Daerah yang pada suatu ketika dahulu dikenali sebagai “The Sleeping Hollow” serta terletak di kawasan terpinggir dari limpahan kemajuan negara, kini telah mengorak langkah dengan menggiatkan pembangunan dan kemajuan di semua bidang selaras dengan visi Negeri Selangor ke arah “Negeri Idaman,Maju dan Sejahtera”.

Daerah ini mempunyai 13 buah mukim iaitu:

:

Mukim

Keluasan (Hektar)

Keluasan (Ekar)

Hulu Bernam (Utara dan Selatan)

44,680

11,0405

Kalumpang

4,144

10,240

Kuala Kalumpang

3,885

9,599

Sungai Gumut

4,144

10,240

Sungai Tinggi

16,006

39,550

Kerling

17,534

43,326

Ampang Pecah

4,143

10,237

Buloh Telur

2,589

6,397

Pertak

20,383

50,366

Rasa

8,262

20,416

Batang Kali

16,265

40,191

Hulu Yam

11,111

27,456

Serendah

12,901

51,647

Jumlah

174,047

430,070