Masa 10.00 AM - 12.00PM
 Tempat  Hall PIK Taman Bunga Raya
 Jumlah 8 Orang
Tarikh 08/10/2021

 

Tujuan

Mendidik pengguna untuk sentiasa peka dengan setiap taktik atau cubaan dalam jenayah telekomunikasi.    

Aktiviti

        • - Berkongsi infografik dengan pengguna mengenai jenis dan modus operandi dalam jenayah telekomunikasi.
        • - Mengingatkan pengguna untuk sentiasa peka dan prihatin dan membuat pengesahan dengan pihak berkuasa sebelum membuat apa-apa keputusan.
        • - Berkongsi pandangan dan idea dengan pengguna mengenai contoh jenayah telekomunikasi dan cara untuk mengelakkan dari menjadi mangsa.
Masa 11.00 AM - 12.30PM
 Tempat  Hall PIK Taman Bunga Raya
 Jumlah 5 Orang
Tarikh 18/09/2021

 

Tujuan

Mengingatkan pengguna untuk mengikuti 3 langkah mudah agar kekal berwaspada semasa menggunakan transaksi dalam talian.  

Aktiviti

        • Mendidik pengguna untuk sentiasa mengamalkan kawalan kendiri dengan sentiasa berwaspada berurusan dengan orang yang tidak di kenali.
        • Berkongsi 3 langkah mudah untuk banteras scam iaitu dengan kenal pasti, semak data dan laporkan scam.
        Mengingatkan pengguna untuk sentiasa berwaspda ketika melayari Internet atau media social.
Masa 10.20 AM - 12.30PM
 Tempat  Hall PIK Taman Bunga Raya
 Jumlah 10 Orang
Tarikh 10/09/2021

 

 

Tujuan

Berkongsi tindakan yang boleh dilakukan sekiranya pengguna merasakan akaun Facebook mereka telah direntas atau di godam oleh pihak tidak bertanggungjawab.

 

Aktivitiq

    • - Berkongsi infografik yang mengandungi maklumat mengenai cara atau tindakan yang boleh pengguna ambil sekiranya akaun Facebook mereka telah di rentas.
    • - mengingatkan pengguna untuk sentiasa mengelakkan diri dari menjadi mangsa scammer dan mereka di ingatkan untuk selalu mengambil langkah pencegahan untuk terus selamat di internet.
    • - Berkongsi pandangan dengan pengguna mengenai cara untuk melayari lama Internet dengan selamat dan elakkan untuk bergaduh di laman sosial.
Masa 03.15 PM - 04.30PM
 Tempat  Hall PIK Taman Bunga Raya
 Jumlah 7 Orang
Tarikh 14/09/2021

 

Tujuan

Menggalakkan penerapan nilai-nilai murni semasa melayari Internet dan mengelakkan diri dari menjadi pemangsa dan juga mangsa buli siber.  

Aktiviti

      • Berkongsi infografik dengan pengguna, untuk memberi peringatan tentang bahayanya budaya buli siber.
      • Menggalakkan ibu bapa untuk menerapkan nilai-nilai murni semasa melayari Internet dan media social, kepada anak-anak.
      Mengingatkan pengguna untuk sentiasa mengelakkan dri dari menjadi pemangsa dan mangsa buli siber..
Masa 10.00 AM - 12.30PM
 Tempat  Hall PIK Taman Bunga Raya
 Jumlah 10 Orang
Tarikh 03/09/2021

 

Tujuan

Berkongsi peringatan kepada pengguna untuk berhati-hati dalam menjaga maklumat dalam Sijil Digital Vaksinasi dari di salah gunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab. 

Aktiviti

    • - Berkongsi maklumat mengenai bahaya perkongsian Sijil Vaksinasi bagi indovidu yang sudah lengkap 2 dos vaksinasi
    • - Bertukar pandangan dengan pengguna mengenai penyalahgunaan oleh pihak tertentu terutamanya pihak yang tidak ingin memgambil vaksin.
    • - Mengingatkan pengguna untuk sentiasa menyimpan maklumat vaksinasi supaya tidak di guna pakai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.