Masa  02.00PM-04.00PM
 Tempat  Pusat Internet Taman Bunga Raya
 Jumlah 7 Orang
Tarikh 16/08/2020

 

Tujuan

Setiap pengguna laman internet dan laman media social seharusnya menjaga segala privasi mereka. Kelalaian akibat tidak menjaga privasi ini boleh menyebabkan data peribadi mereka disalah gunakan oleh pihak tertentu yang berniat jahat dan juga boleh menjadi mangsa scam atau penipuan dalam internet.

Aktiviti

        • Berkongsi pandangan dan pendapat mengenai cara untuk menjaga privasi di laman web. Contohnya seperti dengan menukar kata laluan pada akaun media social atau akaun emel, setiap 2 bulan sekali.
        Selain itu, pengguna di galakkan untuk tidak membuat hantaran berkaitan maklumat peribadi mereka yang penting terutamanya seperti alamat kediaman, lokasi semasa dan juga maklumat akaun perbankan.
 Masa  02.00PM-04.00PM
 Tempat  Pusat Internet Taman Bunga Raya
 Jumlah 12 Orang
Tarikh 10/08/2020

 

Tujuan

Advokasi – Menjadi warga Internet yang baik dengan sentiasa menghormati diri sendiri dan orang lain serta sentiasa memastikan perlakuan yang baik semasa melayari Internet

Aktiviti

      • Kuiz soal jawab bersama ahli bagi memastikan mereka memahami kepentingan untuk menjadi warga Internet yang baik serta terjaga reputasi mereka.
      • Mengingatkan ahli untuk menjaga jejak digital mereka kerana segala maklumat mereka yang tersimpan di laman Internet boleh ditonton dari seluruh pelosok dunia.
      Mendidik para ahli untuk sentiasa menjadi seseorang yang menghormati, bertimbangrasa dan sopan walau dia alam maya kerana kredebiliti di lama Internet mempengaruhi kredibiliti di alam nyata.
 Masa  02.00PM-04.00PM
 Tempat  Pusat Internet Taman Bunga Raya
 Jumlah 7 Orang
Tarikh 19/07/2020

 

Tujuan

Setiap barangan elektrik atau elektronik perlu ada logo MCMC yang bertujuan sebagai pengesahan bahawa barangan atau produk tersebut adalah selamat digunakan dan barangan yang sah atau tulen. Barangan yang tidak mempunyai logo tersebut bermakna barangan tersebut tidak melalui proses uji kaji oleh pihak MCMC di mana keselamatan dan ketulenan barangan tersebut adalah diragui. Setiap barangan elektrik atau elektronik mempunyai risiko-risiko yang mungkin boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna.

Aktiviti

        • -Menerangkan kepada ahli tentang bahaya yang boleh mereka hadapi sekiranya mereka membeli barangan yang tidak tulen atau tidak selamat.
        • -MCMC memainkan peranan yang penting dalam usaha untuk membantu dan mencegah pengguna dari menggunakan peranti elektrik atau elektronik yang tidak selamat dan boleh membahayakan pengguna itu sendiri.
        -Kuiz soal jawab dijalankan kepada ahli mengenai contoh-contoh barangan elektrik dan elektronik yang mereka perlu semak sebelum membuat keputusan untuk beli dan guna.
 Masa  02.00PM-04.00PM
 Tempat  Pusat Internet Taman Bunga Raya
 Jumlah 1 Orang
Tarikh 29/07/2020

 

Tujuan

Bengkel Keusahawanan Pertandingan Usahawan Online menyediakan

topik yang bakal dipelajari oleh peserta. Bengkel ini juga mempunyai 

tiga kali kelas untuk menyiapkan para peserta pertandingan untuk lebih berkeyakinan untuk menyertai program ini.

 

Aktiviti

Aktiviti seperti membuka Akaun Shopee, mendaftar sebagai Seller Shopee,

meninjau aplikasi yang bakal digunakan sepenuhnya untuk pertandingan dan

jualan masing - masing.

 Masa  02.00PM-04.00PM
 Tempat  Pusat Internet Taman Bunga Raya
 Jumlah 7 Orang
Tarikh 08/07/2020

 

Tujuan

Advokasi yang di jalankan ini bertujuan untuk memberi penerangan kepada ahli mengenai ‘Scammer’ yang menjadikan laman web sebagai platform untuk mencari mangsa. Modus operandi scammer kebiasaannya adalah dengan mengambil data yang sering pengguna kongsi secara umum di laman web dan data tersebut akan di salahgunakan oleh scammer dan memerangkap mangsa.

Aktiviti

    • -Menguji tahap pengetahuan ahli dengan manjalankan soal jawab jenis scammer. Terdapat 3 jenis scammer iaitu melalui telefon, melalui email dan melalui mesej pesanan ringkas.
    • -Ahli diminta untuk berkongsi pandangan dan pendapat mengenai cara untuk mengelakkan dari terkena scam dan apa yang mereka boleh lakukan sekiranya dihubungi scammer.
    -Memberikan contoh-contoh lain jenis scammer yang sering terjadi dan sentiasa mengingati ahli untuk tidak berkongsi data peribadi secara umum dengan kerap.