Masa  02.00PM-05.00PM
 Tempat  Pusat Internet Taman Bunga Raya
 Jumlah 11 Orang
Tarikh 19/09/2020

 

Tujuan

Setiap pengguna laman internet harus mengamalkan kawal selia kendiri bagi menjaga keselamatan dan keharmonian setiap pengguna laman internet dan laman media social. Pengguna seharusnya mengelakkan diri dari menjadi seorang yang pentingkan diri demi kesejahteraan dan keharmonian ketika kesemua pengguna laman internet.

Aktiviti

            • -Menggalakkan para pengguna untuk sentiasa berwaspada dengan kenalan dalam talian dengan mengenalpasti setiap rakan maya mereka.
            • -Mengingatkan mereka untuk sentiasa menghormati pandangan orang lain dan berinteraksi degan berhemah di alam maya.
            -Sentiasalah berhati-hati ketika berkongsi maklumat, gambar, video dan lokasi semasa mereka. Elakkan “oversharing
 Masa  10.00AM-12.30PM
 Tempat  Pusat Internet Taman Bunga Raya
 Jumlah 11 Orang
Tarikh 12/09/2020

 

Tujuan

 Mengenali dan memastikan akaun palsu di media social yang boleh mengancam keselamatan alam siber. Setiap pengguna laman internet atau laman social seharusnya mempunyai kesedaran untuk sentiasa memeriksa sebarang “permintaan “ dalam media social untuk menjadi rakan media social. Perbuatan ini boleh membawa kepada masalah kecuarian data peribadi dan penyamaran yang boleh menjerat pengguna sekiranya pengguna tidak rajin untuk menyelidik setiap permintaan tersebut.

Aktiviti

            • - Mendidik para pengguna untuk sentiasa berwaspada dengan sebarang permintaan untuk menjadi rakan di media social bagi memastikan bahawa mereka mengenali akaun tersebut sebelum menerima pelawaan.
              • - Mengenal pasti jenis akaun yang mencurigakan dan bertukar pandangan dengan ahli mengenai tindakan yang harus mereka lakukan jika akaun tersebut agak mencurigakan.
              - Sentiasa mengingatkan pengguna untuk sentiasa menjaga keselamatan dia alam siber dan tidak mudah untuk berkongsi pelbagai maklumat semasa kerana terdapat banyak mata-mata yang sering memerhatikan setiap perbuatan kita di alam maya.
 Masa  02.00PM-05.00PM
 Tempat  Pusat Internet Taman Bunga Raya
 Jumlah 11 Orang
Tarikh 04/09/2020

 

Tujuan

Penipuan dalam talian boleh terjadi dengan pelbagai perkara dan sangat memudaratkan pengguna laman web. Penipu atau ‘scammer’ ini biasa menjadikan laman web internet sebagai medium untuk menjerat mangsa kerana kebanyakann pengguna kurang sedar akan segala kepentingan menjaga data peribadi dan privasi mereka ketika melayari internet.

Aktiviti

          • Menggalakkan ahli untuk sentiasa berwaspada dengan sebarang iklan yang mereka terima dan tidak berkaitan dengan mereka.
          • Bagi menjaga keselamatan akaun media social pula, para ahli di nasihatkan untuk menukar kata laluan mereka dengan dengan kekerapan 2 atau 3 bulan sekali.
          • Mengingatkan para pengguna untuk tidak berkongsi maklumat berkaitan dengan perbankan internet mereka dengan mudah kepada pihak ketiga (selain bank) dan sentiasalah memeriksa terlebih dahulu segala terma dan syarat yang di kemukan sebelum bersetuju untuk berkongsi maklumat tersebut.
 Masa  02.00PM-05.00PM
 Tempat  Pusat Internet Taman Bunga Raya
 Jumlah 10 Orang
Tarikh 07/09/2020

 

Tujuan

Buli siber menyebabkan pelbagai kesan buruk kepada semua pengguna alam maya sama ada pembuli atau magsa buli. Perbuatan ini harus di bendung dengan sebaiknya bagi menjaga keharmonian di alam Amaya dan juga alam nyata. Reputasi seseorang atau sesebuah organisasi juga boleh terjejas dengan perbuatan buli siber ini.

Aktiviti

            • - Menguji tahap pengetahuan pengguna mengenai buli siber. Adakah paengguna laman internet ini faham dan jelas mengenai jenis dan cara buli siber ini berlaku.
            • - Mendidik pengguna untuk sentiasa menjaga kelakuan walaupun di alam maya kerana reutasi alam maya juga penting bagi menjaga nama baik sendiri dan keluarga serta masyarakat.
            • - Bertukar pandangan dan pendapat dengan para pengguna mengenai kesan dan akibat yang boleh terjadi sekiranya mereka menjadi pembuli atau pun menjadi mangsa buli.
            - Mendidik para pengguna untuk sentiasa menjaga keharmonian ketika melayari laman internet atau laman media social.
 Masa  02.00PM-04.00PM
 Tempat  Pusat Internet Taman Bunga Raya
 Jumlah 14 Orang
Tarikh 18/08/2020

 

Tujuan

 Menyebarkan laman untuk rujukan orang ramai berkaitan berita palsu supaya masyakat sentiasa berwaspada dalam menyebarkan sebarang berita yang mereka terima tanpa menyemak kesahihan sesuatu berita atau maklumat tersebut

Aktiviti

          • Kuiz soal jawab di jalankan bagi mengetahui tahap pengetahuan ahli mengenai berita atau maklumat palsu.
          • Meminta ahli untuk menyemak segala berita atau maklumat yang mereka terima, di laman web sebenarnya.my
          • Berkongsi pendapat dan pandangan dengan ahli cara untuk menangani dan mengekang dari penyebaran maklumat palsu.
          Memberi pendedahan kepada ahli tentang bahaya penyebaran berita palsu yang boleh menyebabkan reputasi seseorang dan menyukarkan keadaan orang lain dengan mempercayai berita palsu tersebut tanpa menyemak kesahihan berita tersebut.