Masa  11.30AM-1.00PM
 Tempat  Perkongsian melalui Aplikasi Whatsapp
 Jumlah 10 Orang
Tarikh 13/12/2020

 

Tujuan

Cegah akaun-akaun palsu yang sering mengganggu keamanan di laman internet dan demi menghentikan salah guna internet

Aktiviti

- kewujudan akaun palsu di media sosial adalah bertujuan untuk mengganggu keamanan di laman sesawang. Selain itu, akaun palsu ini adalah potensi yang tinggi untuk melakukan penipuan kewangan dalam Internet.

- Memberi penerangan kepada pengguna untuk kenalpasti contoh akaun palsu dan juga cara untuk menangani akaun palsu tersebut.

- Sentiasa mengingatkan pengguna untuk sentiasa semak dahulu profile media sosial akaun pengguna yang ingin menjadi rakan atau pengikut anda kerana scammer akan sentiasa mencari peluang untuk mencuri data peribadi kita setelah menjadi rakan alam maya kita.

 Masa  2.00PM-3.00PM
 Tempat  Perkongsian melalui Aplikasi Whatsapp
 Jumlah 10 Orang
Tarikh 06/12/2020

 

Tujuan

Memberi pendedahan dan juga perincian mengenai apa tu "Check Your Label" serta kepentingannya yang dapat membantu menjaga alam sekitar kekal bersih.

Aktiviti

                  • -Pentingnya untuk membuang barangan elektronik yang sudah rosak dan tidak dapat digunakan lagi dengan membuangnya ke dalam kotak Mobile E-Waste
                  • -Sebahagian komponen elektronik tersebut boleh di kitar semula seterusnya dapat menjimatkan penggunaan sumber alatan elektronik.
                  -Mendidik para pengguna untuk sentiasa sebarkan kebaikan ini agar lebih ramai masyarakat yang lebih peka untuk menjaga alam sekitar dari sisa elektronik yang mampu menjejaskan kesihatan semua.
 Masa  09.30AM-11.30AM
 Tempat  Perkongsian melalui Aplikasi Whatsapp
 Jumlah 8 Orang
Tarikh 16/11/2020

 

Tujuan

Penyebaran dan info maklumat berkaitan mesej berantai, merupakan kandungan maklumat palsu. Semak segala maklumat dan berita yang di teriam di laman sesawang sebenarnya.my bagi mendapatkan kesahihah sesuatu berita atau maklumat yang diterima itu.

Aktiviti

              • - Perkongsian seperti ini dapat memberi ingatan kepada setiap pengguna laman sesawang, laman media social dan juga aplikasi seperti Whatsapp untuk sentiasa berwaspada dalam menyebarkan sebarang berita atau maklumat yang mereka terima.
              • - Laman sesawang “sebenarny.my”merupakan inisiatif bagi membendung masalah penyebaran maklumat atau berita palsu.
              - Mendidik para pengguna internet untuk sentiasa memeriksa berita atau maklumat di laman Sebenarnya.my bagi mendapatkan kesahihan sesuatu berita itu.
 Masa  10.30AM-11.30AM
 Tempat  Perkongsian melalui Aplikasi Whatsapp
 Jumlah 12 Orang
Tarikh 19/11/2020

 

Tujuan

Berkongsi video berkaitan dengan penipuan di Internet dan mendidik para ahli untuk sentiasa berwaspada dengan jenayah siber.

Aktiviti

                • -Penipuan internet boleh berlaku dengan pelbagai cara. Antaranya dengan menghantar “spam” dan juga “link” ke laman internet yang palsu.
                • -Mendidik para pengguna untuk sentiasa berwaspada dengan laman sesawang yang mereka lawati dan pastikan setiap laman sesawang terutamanya laman sesawang perbankan adalah yang sahih dan milik bank yang sebenarnya.
                -Sentiasa mengingati ahli untuk tidak mudah percaya dengan pautan yang tidak ada kena mengena dengan mereka, untuk mengelakkan dari terjadi penipuan internet.
 Masa  02.00PM-05.00PM
 Tempat  Pusat Internet Taman Bunga Raya
 Jumlah 09 Orang
Tarikh 04/10/2020

 

Tujuan

Penipuan scam melalui panggilan telefon merupakan kaedah yang sangat mudah untuk menjerat mangsa. Kaedah yang sering mereka gunakan adalah dengan menyamar sebagai pegawai mahkamah atau pegawai polis bagi menakutkan mangsa lalu menjerat mangsa untuk memberi wang kepada kumpulan Scam ini.

Aktiviti

              • -Kenal pasti jenis panggilan telefon yang diterima adalah sah atau tidak kerana untuk urusan rasmi yang melibatkan mahkamah dan polis, pegawai tidak akan membuat telifon peribadi.
              • -Membincangkan mengenai tindakan yang boleh pengguna ambil sekiranya mereka menerima gangguan scam tersebut.
              -Sentiasa mengingatkan pengguna untuk menyebarkan segala ilmu dan pendedahan ini kepada rakan-rakan dan ahli keluarga agar lebih ramai masyarakat tidak terjebak dengan penipuan ini.